Thursday 24 November 2011

NUNS on the RUN

wolf,sheep and cabbage

Permainan

suku kata kv

Lagu bacaan vkvk

Lagu bacaan vkv

Lagu-lagu Prasekolah

Cerita Hikayat

Sang Harimau dengan Sang Kancil


 Sang Harimau dengan Sang Kancil

Harimau ternampak Sang Kancil duduk di bawah sepohon pokok. Pada ranting pokok itu ada sarang tebuan.
   “Hah, Sang Kancil ! Puas aku cari kamu, sekarang baru bertemu,” kata harimau.
   “Apalagi yang kamu hendak, harimau?” tanya Sang Kancil.
   “Aku nak makan kamu,” kata harimau.
   “Nak makan aku? Eh, sekarang tak boleh, harimau,” kata Sang Kancil .
Sang Kancil memberitahu dia sedang menjalankan perintah Raja Sulaiman.
   “Aku diperintahkan menunggu benda ini,” kata Sang Kancil sambil menunjukkan ke arah sarang tebuan.
Sang Kancil memberitahu harimau itulah gong Raja Sulaiman.
   “Baginda akan mendengar bunyi gong ini apabila baginda hendak ke hutan,” kata Sang Kancil.
   “Tentu sedap bunyi gong raja,” kata harimau.
   “Sudah tentulah. Siapa yang mendengarnya akan rasa gembira,” kata Sang Kancil sambil memandang ke arah sarang tebuan itu.
Harimau meminta Sang Kancil memalu gong itu kerana ia sangat ingin mendengarnya. Sang Kancil tidak mahu kerana katanya ia hanya diperintahkan supaya menjaganya, dan bukan memalunya.
   “Tolonglah, Sang Kancil. Palulah gong raja itu. Baginda bukan ada di sini,” kata harimau merayu.
   “Tak boleh. Kalau aku palu gong ini, bermakna aku tak jujur,” kata Sang Kancil.
   “Bagaimana kalau aku yang memalunya,”kata harimau.
Sang Kancil terdiam. Dia berfikir seketika.
   “Baiklah harimau. Jika kamu ingin memalu gong raja ini, biarlah aku pergi jauh dari sini,” kata Sang Kancil.
Sang Kancil memberikan sebatang kayu kepada harimau.
   “Palulah gong itu dengan kayu ini apabila aku suruh,” kata Sang Kancil.
Sang kancil pergi dari pokok itu. Apabila sudah jauh,ia berteriak dengan kuat,
   “Harimau, palu!”
Harimau pun memalu sarang tebuan itu. Wah, apabila sarangnya dipalu, maka keluarlah semua tebuan itu lalu menyengat harimau.
“Aummmm!” Harimau mengaum dengan kuatnya. Dia meraung kesakitan. Semua tebuan itu menyerang seluruh badannya. Harimau lari dengan lajunya. Akan tetapi tebuan-tebuan terus mengejarnya. Mujurlah ia terjumpa sungai. Ia pun terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan dirinya.

Harimau Dengan Bayangnya

    Di dalam sebuah hutan ada seekor harimau yang besar dan garang. Semua binatang yang kecil takut akan dengan harimau itu. Apabila sang harimau mengaum, semua binatang akan bersembunyi. Binatang yang tidak sempat bersembunyi pasti akan menjadi mangsa harimau tersebut.
    Pada suatu hari, sang kancil sedang mencari makanan di satu kawasan yang redup. Ia seronok memakan daun-daun muda. Tiba-tiba ia terdengar bunyi ranting patah dari arah belakangnya. Ia terus menoleh. Ia nampak seekor harimau sedang menghampirinya.
    Harimau itu mengaum dengan kuatnya dan sungguh menakutkan dan sang kancil tidak sempat untuk melarikan diri. "Kali ini kau tidak boleh lari kan diri lagi, aku akan makan kau, kancil!," kata harimau dengan garang. "Kalau engkau makan aku, kau akan di makan oleh binatang yang lebih besar," kata sang kancil.
    "Binatang yang mana pula berani melawan ku?" tanya harimau dengan marah. "Pagi tadi aku berjumpa dengan seekor harimau yang jauh lebih besar dari mu. Kata harimau itu dialah harimau yang paling kuat di hutan ini." kata  kancil. Harimau menjadi sangat marah dan mengaum dengan sekuat hati.
    "Tunjukkan aku di mana harimau yang angkuh itu. Aku akan mengalahkannya," kata harimau dengan nada yang amat angkuh.
    Kancil pun berlari pantas meninggalkan tempat itu dan harimau terus mengekori. Sekali sekala harimau mengaum kerana marah. Semua binatang lain bertempiran lari ketakutan tetapi merasa pelik kenapa harimau hanya mengekori kancil pada hal mudah untuk harimau membaham kancil. Sampai di sebuah kolam, kancil pun berhenti.
  "Di sini lah aku berjumpa dengan harimau itu, cubalah kamu tengok, aku takut" kata kancil. Harimau pun menjadi lebih marah dengan kata-kata kancil. Ia pun menjenguk ke dalam kolam dengan beraninya. Bayang-bayangnya segera muncul di permukaan air yang jernih dan tenag itu. Harimau mengaum dan membuka mulut seluas-luasnya menunjukkan taringnya yang panjang dan tajam. Harimau di dalam kolam pun membuka mulut seluas-luasnya.
   "Kalau engkau harimau yang paling kuat, pergilah lawan dan tewaskannya," kata Kancil. Harimau bertambah berang dan terus terjun mendapatkan harimau itu ambil mengeluarkan kukunya yang tajam. Bila ia terjun, bayang-bayang pun hilang. Barulah ia sedar yang ia telah di tipu oleh kancil. Harimau untuk naik ke tebing kolam tetapi tidak berjaya kerana tebing itu tinggi. Kancil pun sudah melarikan diri. Oleh kerana terlalu angkuh, akhirnya harimau tewas dengan bayang-bayang sendiri.

Saturday 12 November 2011

Mengenal Huruf vokal

Sukatan Pelajaran: 
3.3 Mengenal dan mengecam bentuk dan bunyi huruf pada simbol yang dilihat. 6.1 Mengenal, menekap, meniru bentuk huruf, suku kata dan perkataan. 
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
Isi pelajaran pada hari ini ialah mengukuhkan ingatan murid kepada lima huruf yang telah dipelajari iaitu a, e, i, o dan u. Mereka telah mempelajari huruf-huruf ini secara satu persatu di dalam pembelajaran yang lepas. Pada hari ini, mereka diterangkan bahawa huruf-huruf ini berada di dalam satu kumpulan yang sama iaitu huruf-huruf vokal. 
Objektif: 
Pada akhir pelajaran, dengan bimbingan guru, murid dapat mengenal, menyebut dan mengecam huruf vokal a, e, i, o dan u serta membentuk huruf menggunakan plastisin mengikut arah yang betul.
Kemahiran Sedia Ada: 
Murid pernah melihat dan menyebut perkataan api, ekor, ikan, obor dan ulat. Perkataan-perkataan ini mempunyai huruf vokal di awal perkataan.