Wednesday 12 October 2011

KSPK

KSPK

 

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

MATLAMAT PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Pendidikan Prasekolah bertujuan memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat, menyuburkan serta aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak agar mereka berjaya dalam persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangani cabaran dan tanggungjawab di sekolah rendah kelak.



OBJEKTIF PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Pendidikan Prasekolah membolehkan murid :

a) Mempunyai sifat peribadi, perwatakan dan konsep diri yang positif untuk menjadi warganegara yang patriotik.

b) Menggunakan Bahasa Melayu dengan baik dan memperkembangkan kemahiran berbahasa dan berkomunikasi.

c) Menggunakan Bahasa Cina dan Bahasa Tamil dengan betul untuk berkomunikasi di  sekolah yang menggunakan bahasa pengantar Bahasa Cina dan Bahsa Tamil.
d) Menggunakan Bahasa Inggeris dalam interaksi seharian selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua. 

e) Mengamalkan nilai-nilai murni dan nilai-nilai Islam bagi murid beragama Islam dalam kehidupan seharian.

f)  Mempunyai kemahiran kognitif, kemahiran berfikir dan kemahiran menyelesaikan masalah.

g) Mempunyai kematangan emosi dan kemahiran sosial.

h) Mempunyai kecerdasan dan kemahiran fizikal serta mempratikkan amalan kesihatan dan keselamatan yang baik.

i) Mempunyai daya kreativiti dan nilai estetika untuk menghargai keindahan alam dan warisan budaya.

Fokus 

Pendidikan Prasekolah berfokus kepada usaha untuk menyediakan peluang pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna kepada kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun. Fokus utama adalah proses pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan kanak-kanak, menekankan kepada inkuiri penemuan, dan menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran bersepadu, bertema, belajar melalui bermain, pembelajaran kontekstual dan pembelajaran berasaskan projek. Prinsip utama yang digunakan adalah pendekatan dan kandungan pembelajaran perlu sesuai dengan peringkat perkembangan kanak-kanak dan mengambil kira perbezaan antara individu. Melalui proses pengajaran dan pembelajaran ini, kanak-kanak akan memperoleh konsep dan kemahiran asas yang akan membantu mereka meneruskan pembelajaran ke sekolah rendah kelak.

Organisasi Kurikulum

    



TUNJANG PEMBELAJARAN dalam KSPK

TUNJANG PEMBELAJARAN dalam KSPK :
• Tunjang Komunikasi
• Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai
• Tunjang Kemanusiaan
• Tunjang Sains dan Teknologi
• Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika
• Tunjang Ketrampilan Diri
Penekanan dalam Kurikulum Standard ini adalah supaya murid-murid prasekolah dapat menguasai 4M bukan lagi 3M:
• Membaca
• Menulis
• Mengira
• Menaakul 





No comments:

Post a Comment